Kelas Ms Word (Pengenalan)

23 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 22 Jun 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word.Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Word dan penerangan akan pentingnya mempunyai kemahiran menggunakan Ms Word untuk kegunaan masa depan. Kemudian,peserta diminta menaip beberapa baris ayat untuk membiasakan diri menaip menggunakan keyboard. Peserta diajar cara mengedit perkataan dengan menukar jenis font,size font dan warna.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali